Awak, berucap disini

Saturday, January 25, 2014

keputusan

kenapa
harus keputusan dilakukan
perlu memilih satu antara pilihan yang ada
mungkin dua, tiga atau lebih
aku bukan terbaik dalam membuat keputusan
sungguh
kerana tiada jaminan yang itu lebih baik dari ini
mahupun ini lebih baik dari itu
aku hanya manusia
rigid akalnya cetek pemikirannya
berfikir sekadar pengetahuan diminda
mana aku tahu apa yang aku x tahu
dari mata ku itu lebih baik
namun hakikatnya mungkin yang ini terbaik buatku
arghh, 
sungguh
yang hanya tahu terbaik buatku
hanya lah sang maha luas pengetahuan
maha bijaksana
tuhan sang pencipta langit dan bumi

(pic by google)

ya tuhan ku
jika ini yang terbaik buatku
permudahkanlah urusanku
jika tidak
lapangkanlah dadaku 
dalam menerima takdirmu
amin ya rabbal alamin